Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA......RAYA 2010

Tahun ini adalah tahun yang amat istemewa buat semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidil Fitri, walaupun tidak jatuh pada hari yang sama, ianya tetap sungguh istemewa secara lahiriahnya. Sebab, kedua-dua peristiwa itu mempunyai sejarah dan kepentingan baik dari aspek sosial dan agama.

MEDEKA yang kita sambut pada 31 Ogos ini mempunyai makna dan erti yang sangat mendalam buat semua kita. Apalagi buat mereka, samada pejuang kemerdekaan mahupun mereka yang pernah sama-sama terlibat dalam sejarahnya. Mungkin buat generasi yang tidak mengalami dan terlibat secara langsung dalam sejarah itu, kurang merasa erti sebenar kemerdekaan tetapi jika kita semua mahu menyelami dan berfikir secara total dan lebih mendalam, justeru kita akan memahami mengapa MERDEKA ini mampu mengubah segala-galanya. Merdeka ini membuat kita berada satu atau dua langkah di hadapan, merdeka ini membawa kita berhijrah, baik penghijrahan rohani dan jasmani.

Manakala HARI RAYA juga membawa pengertian dan makna amat mendalam lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang meraikannya. Kita memangselalu berkata bahawa Sambutan Hari Raya itu adalah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, menahan nafsu dari pelbagai perkara termasuklah makan dan minum. Tetapi, ianya lebih daripada itu. Jika kita sekadar menganggap Hari Raya sebagai menyambut kemenangan dengan penuh gembira dan keceriaan, bagaimana pula buat mereka yang tidak mampu untuk menyambutnya dengan orang yang tersayang, orang yang papa kedana atau orang yang kurang berkemampuan? Bagaimana mungkin menyambut kemenangan, jika kita tidak punya apa-apa. Tidak punya wang, tidak punya makanan, tidak punya saudara-mara dan tidak punya materialisma yang lainnya.

Justeru itu, MERDEKA dan RAYA itu punya sejarah tersendiri bagi sesiapa yang mengalaminya. Mereka sahaja yang lebih tahu, bagi kita yang hanya beranggapan mungkin tidak sama realitinya. Indah buat kita belum tentu indah untuk orang lain. Sebab itu di Hari MERDEKA ada orang menitiskan airmata, maka begitu jualah ketika menyambut Hari Raya.

Maka pada kedua-dua hari yang ada sejarah tersendiri seperti in, dekatilah mereka-mereka, selamilah hati mereka supaya kita tahu 'apa erti dan makna hari ini kepada mereka'.

Saturday, August 28, 2010

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MASYARAKAT MATO-DARO MIRI.

Kurang dari 2 minggu lagi, semua orang Islam tak kira bangsa, yang miskin mahupun yang berada, akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari yang sememangnya ditunggu oleh setiap lapisan umur samada yang tua, muda dan kanak-kanak.
Aura raya dah pun terasa, apatah lagi bila sering kedengaran dendangan lagu-lagu raya di corong radio dan televisyen. Kerlipan lampu-lampu diruang koridor dan jendela rumah menambahkan lagi seri raya yang bakal menjelma. Malah di pasar-pasar Ramadhan berderatan gerai menjual kuih-muih yang beraneka warna dan bentuk dengan pelbagai gelaran. Kek Lapis alunan ombak, kek lapis kenyalang dan bermacam-macam lagi nama kek lapis.
Di pasaraya-pasaraya dan gedung pakaian kelihatan berbagai warna baju melayu dan baju kurung dengan pelbagaii fesyen. Semuanya menarik mata memandang. Bagi yang ada duit lebih bolehlah beli 2-3 pasang atau lebih, tapi bagi yang hanya setakat menyambut Hari Raya, sepasang baju sudah cukup sekadar nak tukar selera dengan baju baru di pagi raya yang mulia nanti.
Walau apapun, Sambutlah Hari Raya dengan hati yang penuh kegembiraan, silalah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, hulurkanlah tangan memohon ampun dan maaf terhadap silap dan salah samada sengaja atau yang tidak di sengajakan. Semoga Hari Raya ini akan mengeratkan lagi ikatan silaturahim dikalangan kita semua.Tapi yang penting, jengok-jengoklah orang tua bagi mereka yang masih mempunyai orang tua, dakaplah mereka dan ucaplah ungkapan yang indah-indah buat mereka di hari yang mulia ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, August 13, 2010

TA'O DAH KO, BUYAKNO..........

Sabay, wang bulan 3, ko menuloi Perlembagaan wak udah siap abay lengkap tugun lo Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Miri eh (JPPN, Miri). Kebetulan ko betemu tang Pegawai lo idun debay, radan idun Puan Suzanne. Nyadin ko terus tujoh tang idun Perlembagaan wak udah dibincang kamik sebelum eh. Ubang idun pertubuhan kamik agik pebak radan kelab, KESAMADA.
May ngah apa-apa, marak dudeng radan mak udah tenalabak Pn. Suzanne. Ubak idun menak ko, buyakno mo menak pertubuhan melo eh nyadin kelab. Ubak ko, buyak kamik luk idun idun umit mak sieng, naah, mun udah da'o batan jalan marak kamik mengubah pertubuhan kamik eh nyadin Persatuan. Ubak Puan Suzanne udik, may salak kamik menak idun nyadin kelab tapi lo JPPN nuan peraturan kik udik akah bak menubuhkan kelab, nuan jumit perubahan perubahan keman polisi Persatuan. Ubak idun, da'o agik kamik menak Persatuan sebab idak tenawan lebih suka mennubuhkan persatuan keman menubuhkan kelab.
Memandangkan beliau lebih arif pasal menubuhkan pertubuhan nyadin ko pun berfikir, ok lah, akah wak alah ubak idun lebih da'o. Walau bagaimana pun, beliau terus memeriksa satu-persatu isi kandungan perlembagaan wak tijoh ko tang idun lau idun. Katah gak tidak kelakar berbincang pasal kandungan perlembagaan kamik. Makin idak benaca makin idak wak sipah beliau. Da'o gak, sebab marak telo semuah ta'o gan kedau salak abay wak no perlu diubahsuai atau pun wak perlu naan ubas.Wang na'ay ko pubak, ngelau ulo ubas udik lah ko akah besieh batan, terpaksa menak ubas, meeting ubas.
Ko pun pitir tang lo AJK abay kawan-kawan pasal hal eh. Ubak ko, eh julik lah menak lo balai banus mibay semangat bak menubuhkan persatuan. Atang ubak tenawan apah ta'o, bak menubuhkan persatuan eh, idak atang halangan. Akah may tahan, semua perancangan miau sidun mak. Kadang-kadang banus tapuk sidun mak. Ta'o lah ko buyak no geng lo danah sabay, wak mula bak menubuhkan persatuan banus mibay beritah, apatah lagik amun mibay komitmen atau may ambil berat. Tambah-tambah agik mun may samah ulo, makin lah teruk.
Tapi wak radan manusia kadang-kadang, ta'o mempertikai mak, ta'o pubak atau mengkritik mak. Nuan mak may betul to'o kik. May ta'o lah, kubah kah lo idun debay nasuh menak perlembagaan atau nasuh menubuhkan persatuan keman mula. Rasa ko, pegagau atau merito idun. Bukan tujuan bak pubak to'o kik tapi tenawan biasalah.
Walau apapun, nak sengad atau fikir laus ubak to'o kik wak tang luar inan. Da'o agik telo befikir kubah gaya bak menak perkara nyadin lebih da'o. Akah berjaya sunay lau, senang asang telo, nuan rasa kepuasan sebab telo udah berusaha sebaik mungkin.
Apa pun, Perlembagaan ubas udah siap, udah pun nigik meeting. Lulo bak tenuloi mak agik. Akah mibay halangan minggu ubas, lau Isnin atau Selasa marak menuloi tugun lo JPPN, Miri. Berdoa mak telo semuah, terutama sekali lo AJK Persatuan semoga kali eh semuah berjalan lancar...ok! Sukong kamik semuah melo to'o Mato-Daro wak maca tulis ko eh. Nah telo betemu udik...cauuuu!!!

Sunday, August 8, 2010

Buat Perlembagaan - Tak Semudah Yang Kita Cakap

Hari ini kita mesyuarat. Mesyuarat pasal 'Perlembagaan Persatuan' yang terkini, yangtelah saya siapkan sejak beberapa bulan lalu. Baru hari ini dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Sekali baca memang nampak senang sahaja nak buat, tetapi yang pasti saya pening kepala memikirkan ayat yang sesuai supaya saya sendiri tahu macamana nak jelaskan kalau Ahli Jawatankuasa tanya pasal setiap FASAL yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.

Tetapi yang jelas hati saya masih ragu-ragu, samada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan menerima kertas Perlembagaan tersebut atau tidak, sebab mereka sahaja yang lebih arif samada Nama Pertubuhan sesuai dengan Tujuan dan Matlamat.

Terus terang saya katakan, kalau boleh saya tak nak Perlembagaan yang kami persetujui bersama dalam mesyuarat hari ini gagal, sebab saya sangat berharap Persatuan kami akan berjaya didaftar sebelum bulan Disember atau penghujung tahun ini. Kita semua dah tak sabar-sabar nak menjalankan aktiviti dan program seperti yang kita rancangkan. Malah kita juga tak sabar lagi nak memberitahu Yang Berhormat segala perancangan yang ada dalam kepala kami semua. Kita juga nak tengok sejauh mana kami mampu melaksanakan tanggungjawab kami semua. 'DEMI FAEDAH DAN KEBAIKKAN MASYARAKAT MATO-DARO' yang bermastautin di Bandaraya Miri ini.

Dalam mesyuarat hari ini, ada beberapa perkara yang terpaksa kita ubah atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.Setiausaha kami, En. Mustapa b. Junit terpaksa berpindah tugas ke Bahagian Mukah. Maka jawatan beliau terpaksa kami serahkan kepada orang lain, yang mana kami rasa sesuai iaitu kepada Pn. Hashimah. Jika mengikut peraturan, jawatan tersebut harus diserahkan kepada En. Razak, iaitu Penolong Setiausaha sekarang tetapi memandangkan beliau sendiri mengakui tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya atas masalah kerja, maka beliau juga bersetuju untuk menyerahkan perkara tersebut pada pihak AJK untuk membuat keputusan. Manakala jawatan Bendahari juga terpaksa bertukar tangan. Dulu ianya dijawat oleh En. Isa b. Hj. Sungo dan sekarang terpaksa diambil-alih oleh En. Reny b. Peni, ini juga atas masalah kerja dan demi kelancaran pengurusan Persatuan pada masa akan datang.

Dari sinilah kita dapat melihat, betapa sukarnya untuk memebentuk sebuah persatuan. Memang diakui terlalu banyak asam-garamnya, banyak masalahnya. Sekarang saya selalu berfikir, kenapa orang yang terdahulu atau sebelum kami hanya dapat membuat persatuan ini separuh jalan. dari sini juga kita dapat melihat 'setiap orang mesti mempunyai komitmen yang tinggi jika ingin melihat persatuan ini berjaya'. Semua orang dalam persatuan, amnya jawatankuasa induk harus sabar dan memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mudah rasa berputus asa. Jika tidak, semuanya akan terpadam begitu sahaja.

Jadi pesanan saya kepada semua rakan Ahli Jawatankuasa, 'jalankan apa yang kita kata' dan ' kita mestilah sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan persatuan'. Bukan hari ini sahaja tetapi sehingga ke penghujungnya...sehingga berjaya.

Percayalah, dan yakinlah bahawa Allah s.w.t akan meredhai niat dan hasrat yang tulus dan baik..........amin ya rabullalamin!....

Saturday, July 10, 2010

Bertekad Untuk Terus Melangkah Ke Hadapan......

Dahulu, sebelum mengadakan Majlis Pemilihan Dan Perlantikan AJK Protem untuk persatuan seperti yang kami impikan, saya selalu berkata kepada semua rakan-rakan pengasas..."jika orang terdahulu pernah gagal menubuhkan persatuan ini, tapi kali ini, biarlah apa yang kita impikan jadi kenyataan....dan, kali ini kita tidak boleh mengundur ke belakang lagi" Sebab jika kita berundur ke belakang ini, bererti 'persatuan' ini akan menjadi lebih susah untuk ditubuhkan. Malah saya sendiri berharap sangat, agar semua rakan-rakan pengasas amnya, supaya tidak patah semangat dan akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam.

Memang kami semua bertekad untuk terus melangkah ke hadapan walau apapun halangannya. Tetapi, 'berborak, bercakap sahaja' tidak akan mungkin membuat kita semua beranjak dari titik permulaan. Kami semua harus berusaha sedaya upaya dan seboleh mungkin, serta bekerja dalam satu kumpulan untuk meneruskan perjuangan kami ini. Bukan hanya sekadar mempertikai dan mengkritik antara satu sama lain.

Dulu, saya juga pernah berkata, "untuk menubuhkan persatuan ini bukan satu perkara yang mudah atau semudah kita bercerita di kedai kopi". Banyak perkara yang perlu dilakukan, terutama urusan dengan pihak pendaftaran pertubuhan. Sebab itu semua orang amnya AJK Protem perlu ada komitment sepenuhnya, bukan hanya sekadar melihat dari jauh dan hanya berkata saya kurang arif pasal membentuk pertubuhan.

saya sendiri memang orang yang sepatutnya paling risau dan bingung dalam hal ini, apatah lagi bila diaamanahkan sebagai Pengerusi. Sudah pasti memikul tanggungjawab yang amat susah dan berat, apatah lagi dengan persatuan yang baharu sahaja dibentuk. Banyak perkara yang perlu difikir dan dilaksanakan. Justeru sememangnya perlu mengerahkan tenaga yang ada. Tetapi saya mengakui, saya tidak mampu melakukan semua perkara seorang diri.

Thursday, July 1, 2010

Kisah Kamik Mula-Mula Bak Menak Persatuan Sabay.

Nuan jelau, japah kawan pitir tang ko, lo idun bak menak persatuan lo Mato-Daro tang Miri eh. Tapi may ta'o kubah gaya bak menyetat. Ubak kawan yah, lo Imi sieng. Nah telo gugam Imi, sebab Imi nuan ta'o jumit hal persatuan eh. Ngam-ngam idun melabak tang ko, 'sai aro telai radan Imi wak kerjah Forest? ubak idun. Ko melabak agik tang idun, 'Imi an aro inyang mo? Wak tena'o ko, ko japah mak wak radan Imi kerja Forest tang Miri eh.

Nyadin, stat keman lau idun, kamik pun gemupol 2-3 lawas kawan-kawan wak samah keman Mato-Daro. Gugam samah tutang anum sambil kelakar pasal 'kubah gaya bak menak persatuan lo anak Mato-Daro'. Hampir tiap-tiap minggu kamik betemu tang keday kopi, bercerita abay berbincang kubah gaya bak menak persatuan wak dicadang kamik eh. Pemuday sengan cerita, udah be-gelen anum kopi tang kamik semuah semata-mata berfikir kubah gaya 'bak menyetat' persatuan idun.

Keman idunlah kamik semuah 7 lawas stat gemupol apah, pegam betemu tang lebuh kawan tang Miri eh. Bak menak da'o agik sengan, 'pertemuan eh an sebagai pertemuan anak Mato-Daro, Miri'. Wang kamik semuah betemu idunlah kamik berunding sama debay, pinyang pendapat abay buah fikiran keman lo jipo, suku sakat semuah wak labik malam idun. Atang ubak to lakay daneh sabay, 'telo mesti mungguk samah akah telo merancang bak menak sesuatu, apatah lagik amun hal idun hal ayang'. Sebab akah telu kenah samah-samah, 'wak berat nyadin liang, wak susah nyadin senang'. Dang atang ubak to lakay sabay,'telo may kenah mudip adip wang dunia eh, walau gagah atau panai sekalipun, telo mesti perlu to'o kik'gak.

Tapi nuan jaong masaalah, pasal persatuan wak pernah ditubuh oleh lo jipo kik daneh sabay. Persatuan idun 'sengaan nuan tapi may sebak'. Udah katah, hampir 6-7 taun udah. Banus may ta'ah beritah. Nyadin kamik 7 lawa wak becadang bak menak ubas persatuan eh nien, serba salah. Medut persatuan wak daneh idun agik nuan, udah didaftar atau pun may. Sebab, akah persatuan idun agik nuan atau udah didaftar, bererti kamik may kenah menak ubas.

Nyadin, kamik pun menibah YB. En. Abu Seman (YB Bahagian Mato, bak melabak abay menueng keman bak idun debay, hal berkaitan persatuan daneh sabay. Sebab mungkin idun ta'o hal eh. Atau, kamik nyabik kebenaran keman YB idun bak menak persatuan ubas, terus melantik AJK ubas.

Nasib kamik da'o, YB Abu Seman nang spoting. YB sanggup labik keman Kuching semata-mata bak menueng masalah kamik anak Mato-Daro tang Miri eh. Akah may salak YB labik tang Miri 18.01.2010, malam Sabtu. Malam idun kamik begumpol tang lebuk Malik. Idak gak apah labik, bak betemu YB Abu Seman wak atang idun.

Kamik pun pitir tang YB wakno wak di niat wang na'ay kamik katah eh. May kik, adalah bak menak persatuan. Nyadin YB Abu Seman pun tujoh mandat supaya kamik menak ubas, buyak wak daneh sabay udah may kenah bak agik. Tapi ubak idun, masok samah lo keman bahagian Igan gak, sebab Igan adalah bah ibak Mato-Daro. Kamik bukan may setuju, tapi akah kenah, biarlah persatuan eh bak lo Mato-Daro mak, sebab kamik luk bidang kuasa lo Mato-Daro wang persatuan idun na'ah. Sebab jerak buyak persatuan wak daneh sabay. Wak daneh sabay buak monopoli lo Igan, sedangkan ubak lo ta'o pasal persatuan daneh iduh pubak, masa 'pemilihan AJK', labik japah pun radan lo Igan wang senarai AJK, tapi bila udah nuan protem, 2/3 jawatan AJK radan lo Igan. Kubah gaya nyadin besidun. Maka, keman hal idunlah nuan apah lo balai may setuju. Tapi, kubahlah gaya telo bak menak, telo mesti terimak gak lo Igan eh.

Maka, stat keman malam YB Abu Seman tujoh mandat idunlah kamik pinyang apah, gemupol lo anak Mato-Daro. Bukan main bersemangat agik kamik semuah. Lebih-lebih agik kamik 7 lawas, wak bolehlah dianggap 'Pengasas' persatuan ubas eh.

Nota: Akan disambong tang topik kik.....

Monday, June 28, 2010

"Apah Idak, Tapi.... May Jesaloi"

Maksud ungkapan "Apah Idak Tapi May Jesaloi" di atas ialah, "Ramai, Tapi Tidak Se-Perahu". Ini adalah perumpaan yang membayangkan keadaan masyarakat kami, Masyarakat Mato-Daro yang bermastautin di Miri sejak bertahun-tahun dulu. Bukan kerana adat budaya atau resam, bukan juga kerana mementingkan diri masing-masing TETAPI disebabkan hidup bertaburan di seluruh pelusuk bandar Miri.

Justeru melihatkan keadaan itu, sebilangan dari kami yang kenal antara satu sama lain bercadang untuk MENYATUKAN masyarakat Mato-Daro yang menetap dan bermastautin di bandar Miri ini. Tidak ada cara lain yang lebih baik selain dari menubuhkan PERSATUAN, yang boeh dimanfaat oleh semua masyarakat Mato-Daro dan demi masa depan kami sendiri dan anak cucu kami pada masa hadapan.

Untuk menyatukan kami semua BUKANLAH SATU PERKARA MUDAH, malah tidak semudah bersembang di kedai kopi atau di tepi-tepi jalan. Ianya MEMERLUKAN KOMITMENT yang sangat tinggi, DAYA DORONG dari setiap individu yang ada dalam masyarakat Mato-Daro yang ada di bandar Miri ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah MEWUJUDKAN HALA TUJU YANG SEKATA supaya masyarakat kami dapat BEKERJASAMA untuk mencapai matlamat yang dihajatkan. Secara peribadi saya berpendapat, jika semua individu dalam masyarakat Mato-Daro mempunyai persepsi seperti apa yang saya katakan diatas, saya yakin baharulah PERSATUAN masyarakat kami dapat dilaksanakan dan seterusnya DITUBUHKAN atas kehendak dan keperluan semua.