Hari ini kita mesyuarat. Mesyuarat pasal 'Perlembagaan Persatuan' yang terkini, yangtelah saya siapkan sejak beberapa bulan lalu. Baru hari ini dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Sekali baca memang nampak senang sahaja nak buat, tetapi yang pasti saya pening kepala memikirkan ayat yang sesuai supaya saya sendiri tahu macamana nak jelaskan kalau Ahli Jawatankuasa tanya pasal setiap FASAL yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.
Tetapi yang jelas hati saya masih ragu-ragu, samada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan menerima kertas Perlembagaan tersebut atau tidak, sebab mereka sahaja yang lebih arif samada Nama Pertubuhan sesuai dengan Tujuan dan Matlamat.
Terus terang saya katakan, kalau boleh saya tak nak Perlembagaan yang kami persetujui bersama dalam mesyuarat hari ini gagal, sebab saya sangat berharap Persatuan kami akan berjaya didaftar sebelum bulan Disember atau penghujung tahun ini. Kita semua dah tak sabar-sabar nak menjalankan aktiviti dan program seperti yang kita rancangkan. Malah kita juga tak sabar lagi nak memberitahu Yang Berhormat segala perancangan yang ada dalam kepala kami semua. Kita juga nak tengok sejauh mana kami mampu melaksanakan tanggungjawab kami semua. 'DEMI FAEDAH DAN KEBAIKKAN MASYARAKAT MATO-DARO' yang bermastautin di Bandaraya Miri ini.
Dalam mesyuarat hari ini, ada beberapa perkara yang terpaksa kita ubah atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.Setiausaha kami, En. Mustapa b. Junit terpaksa berpindah tugas ke Bahagian Mukah. Maka jawatan beliau terpaksa kami serahkan kepada orang lain, yang mana kami rasa sesuai iaitu kepada Pn. Hashimah. Jika mengikut peraturan, jawatan tersebut harus diserahkan kepada En. Razak, iaitu Penolong Setiausaha sekarang tetapi memandangkan beliau sendiri mengakui tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya atas masalah kerja, maka beliau juga bersetuju untuk menyerahkan perkara tersebut pada pihak AJK untuk membuat keputusan. Manakala jawatan Bendahari juga terpaksa bertukar tangan. Dulu ianya dijawat oleh En. Isa b. Hj. Sungo dan sekarang terpaksa diambil-alih oleh En. Reny b. Peni, ini juga atas masalah kerja dan demi kelancaran pengurusan Persatuan pada masa akan datang.
Dari sinilah kita dapat melihat, betapa sukarnya untuk memebentuk sebuah persatuan. Memang diakui terlalu banyak asam-garamnya, banyak masalahnya. Sekarang saya selalu berfikir, kenapa orang yang terdahulu atau sebelum kami hanya dapat membuat persatuan ini separuh jalan. dari sini juga kita dapat melihat 'setiap orang mesti mempunyai komitmen yang tinggi jika ingin melihat persatuan ini berjaya'. Semua orang dalam persatuan, amnya jawatankuasa induk harus sabar dan memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mudah rasa berputus asa. Jika tidak, semuanya akan terpadam begitu sahaja.
Jadi pesanan saya kepada semua rakan Ahli Jawatankuasa, 'jalankan apa yang kita kata' dan ' kita mestilah sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan persatuan'. Bukan hari ini sahaja tetapi sehingga ke penghujungnya...sehingga berjaya.
Percayalah, dan yakinlah bahawa Allah s.w.t akan meredhai niat dan hasrat yang tulus dan baik..........amin ya rabullalamin!....
No comments:
Post a Comment