Saturday, July 10, 2010

Bertekad Untuk Terus Melangkah Ke Hadapan......

Dahulu, sebelum mengadakan Majlis Pemilihan Dan Perlantikan AJK Protem untuk persatuan seperti yang kami impikan, saya selalu berkata kepada semua rakan-rakan pengasas..."jika orang terdahulu pernah gagal menubuhkan persatuan ini, tapi kali ini, biarlah apa yang kita impikan jadi kenyataan....dan, kali ini kita tidak boleh mengundur ke belakang lagi" Sebab jika kita berundur ke belakang ini, bererti 'persatuan' ini akan menjadi lebih susah untuk ditubuhkan. Malah saya sendiri berharap sangat, agar semua rakan-rakan pengasas amnya, supaya tidak patah semangat dan akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam.

Memang kami semua bertekad untuk terus melangkah ke hadapan walau apapun halangannya. Tetapi, 'berborak, bercakap sahaja' tidak akan mungkin membuat kita semua beranjak dari titik permulaan. Kami semua harus berusaha sedaya upaya dan seboleh mungkin, serta bekerja dalam satu kumpulan untuk meneruskan perjuangan kami ini. Bukan hanya sekadar mempertikai dan mengkritik antara satu sama lain.

Dulu, saya juga pernah berkata, "untuk menubuhkan persatuan ini bukan satu perkara yang mudah atau semudah kita bercerita di kedai kopi". Banyak perkara yang perlu dilakukan, terutama urusan dengan pihak pendaftaran pertubuhan. Sebab itu semua orang amnya AJK Protem perlu ada komitment sepenuhnya, bukan hanya sekadar melihat dari jauh dan hanya berkata saya kurang arif pasal membentuk pertubuhan.

saya sendiri memang orang yang sepatutnya paling risau dan bingung dalam hal ini, apatah lagi bila diaamanahkan sebagai Pengerusi. Sudah pasti memikul tanggungjawab yang amat susah dan berat, apatah lagi dengan persatuan yang baharu sahaja dibentuk. Banyak perkara yang perlu difikir dan dilaksanakan. Justeru sememangnya perlu mengerahkan tenaga yang ada. Tetapi saya mengakui, saya tidak mampu melakukan semua perkara seorang diri.

No comments:

Post a Comment