Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA......RAYA 2010

Tahun ini adalah tahun yang amat istemewa buat semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidil Fitri, walaupun tidak jatuh pada hari yang sama, ianya tetap sungguh istemewa secara lahiriahnya. Sebab, kedua-dua peristiwa itu mempunyai sejarah dan kepentingan baik dari aspek sosial dan agama.

MEDEKA yang kita sambut pada 31 Ogos ini mempunyai makna dan erti yang sangat mendalam buat semua kita. Apalagi buat mereka, samada pejuang kemerdekaan mahupun mereka yang pernah sama-sama terlibat dalam sejarahnya. Mungkin buat generasi yang tidak mengalami dan terlibat secara langsung dalam sejarah itu, kurang merasa erti sebenar kemerdekaan tetapi jika kita semua mahu menyelami dan berfikir secara total dan lebih mendalam, justeru kita akan memahami mengapa MERDEKA ini mampu mengubah segala-galanya. Merdeka ini membuat kita berada satu atau dua langkah di hadapan, merdeka ini membawa kita berhijrah, baik penghijrahan rohani dan jasmani.

Manakala HARI RAYA juga membawa pengertian dan makna amat mendalam lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang meraikannya. Kita memangselalu berkata bahawa Sambutan Hari Raya itu adalah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, menahan nafsu dari pelbagai perkara termasuklah makan dan minum. Tetapi, ianya lebih daripada itu. Jika kita sekadar menganggap Hari Raya sebagai menyambut kemenangan dengan penuh gembira dan keceriaan, bagaimana pula buat mereka yang tidak mampu untuk menyambutnya dengan orang yang tersayang, orang yang papa kedana atau orang yang kurang berkemampuan? Bagaimana mungkin menyambut kemenangan, jika kita tidak punya apa-apa. Tidak punya wang, tidak punya makanan, tidak punya saudara-mara dan tidak punya materialisma yang lainnya.

Justeru itu, MERDEKA dan RAYA itu punya sejarah tersendiri bagi sesiapa yang mengalaminya. Mereka sahaja yang lebih tahu, bagi kita yang hanya beranggapan mungkin tidak sama realitinya. Indah buat kita belum tentu indah untuk orang lain. Sebab itu di Hari MERDEKA ada orang menitiskan airmata, maka begitu jualah ketika menyambut Hari Raya.

Maka pada kedua-dua hari yang ada sejarah tersendiri seperti in, dekatilah mereka-mereka, selamilah hati mereka supaya kita tahu 'apa erti dan makna hari ini kepada mereka'.

No comments:

Post a Comment