Maksud ungkapan "Apah Idak Tapi May Jesaloi" di atas ialah, "Ramai, Tapi Tidak Se-Perahu". Ini adalah perumpaan yang membayangkan keadaan masyarakat kami, Masyarakat Mato-Daro yang bermastautin di Miri sejak bertahun-tahun dulu. Bukan kerana adat budaya atau resam, bukan juga kerana mementingkan diri masing-masing TETAPI disebabkan hidup bertaburan di seluruh pelusuk bandar Miri.
Justeru melihatkan keadaan itu, sebilangan dari kami yang kenal antara satu sama lain bercadang untuk MENYATUKAN masyarakat Mato-Daro yang menetap dan bermastautin di bandar Miri ini. Tidak ada cara lain yang lebih baik selain dari menubuhkan PERSATUAN, yang boeh dimanfaat oleh semua masyarakat Mato-Daro dan demi masa depan kami sendiri dan anak cucu kami pada masa hadapan.
Untuk menyatukan kami semua BUKANLAH SATU PERKARA MUDAH, malah tidak semudah bersembang di kedai kopi atau di tepi-tepi jalan. Ianya MEMERLUKAN KOMITMENT yang sangat tinggi, DAYA DORONG dari setiap individu yang ada dalam masyarakat Mato-Daro yang ada di bandar Miri ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah MEWUJUDKAN HALA TUJU YANG SEKATA supaya masyarakat kami dapat BEKERJASAMA untuk mencapai matlamat yang dihajatkan. Secara peribadi saya berpendapat, jika semua individu dalam masyarakat Mato-Daro mempunyai persepsi seperti apa yang saya katakan diatas, saya yakin baharulah PERSATUAN masyarakat kami dapat dilaksanakan dan seterusnya DITUBUHKAN atas kehendak dan keperluan semua.
No comments:
Post a Comment