Masyarakat Mato-Daro secara umumnya adalah terdiri dari kaum Melanau yang berasal dari Matu-Daro. Secara ringkasnya, memiliki banyak kesamaan samada dari aspek bahasa pertuturan harian, cara hidup, dan mengamalkan adat budaya dan tradisi yang sama. Sebab itu tidak hairanlah jika dalam kehidupan seharian mereka, masyarakat Mat0-Daro sering menggunakan ungkapan "jipo" yang bermaksud "sepupu" setiap kali mereka berjumpa dengan rakan taulan yang datang dari satu daerah yang sama.
Mato dan Daro adalah 2 pekan yang berlainan tetapi bernaung dibawah daerah yang sama. Matu terletak lebih jauh ke pedalaman, sementara Daro pula terletak di persisiran Muara Lassa dan Batang Lassa. Terdapat kampung-kampung yang bernaung dibawah pentadbiran Mato dan Daro. Contohnya; Kampung Jemoreng, Sekaan, Sok, Kuala Matu, Tian dan Bawang adalah dalam dalam daerah Matu. Manakala kampung-kampung yang terletak dalam daerah Daro pula adalah; Kampung Bruit, Tekajong, Penyipah, Petanak, Pentray, Nangar, Badong, Sungai Kut, Semulun, Sa'ai, Semop dan Tebaang (sebelum persempadanan semula).
Secara ringkasnya pula, masyarakat Mato-Daro telah bermastautin di Miri ini sejak tahun 60'an lagi. Mereka datang ke Miri ini atas sebab untuk memulakan penghidupan baru, iaitu dengan bekerja di kilang papan, ladang kelapa sawit, jadi nelayan, perkapalan, pembalakkan dan juga kerja dengan kerajaan. Ada di antara mereka pula yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan Miri dan sejak dari itu, maka berkembang-biaklah masyarakat Matu-Daro di Miri sehingga ke hari ini.
Pada masa sekarang secara kasarnya jumlah masyarakat Mato-Daro yang telah menetap atau bermastatutin atas sebab bekerja di Miri ini adalah melebihi 1,000 orang. Walau bagaimana pun, agak sukar untuk mengenalpasti dan mengenali masyarakat Mato-Daro yang ada di Miri ini disebabkan mereka menetap atau tinggal bertaburan di seluruh kawasan bandar. Tetapi, "ikatan persaudaraan yang berkonsepkan jipo" merupakan asas yang menyatukan masyarakat Mato-Daro di Miri. Ini boleh dilihat apabila mereka bertemu walaupun pertama kali, mereka akan terus mesra diantara satu sama lain. Inilah satu budaya yang tidak akan hilang dimana sahaja masyarakat Mato-Daro berada.
Pantun To Daneh Sabay:
Makau Kajuk Makau Kabak
Lemang Esang Dagan Duah
Deng Ajuk Deng Abak
Wang Asang Bak Pinyang Dengah

No comments:
Post a Comment