Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA......RAYA 2010

Tahun ini adalah tahun yang amat istemewa buat semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya Aidil Fitri, walaupun tidak jatuh pada hari yang sama, ianya tetap sungguh istemewa secara lahiriahnya. Sebab, kedua-dua peristiwa itu mempunyai sejarah dan kepentingan baik dari aspek sosial dan agama.

MEDEKA yang kita sambut pada 31 Ogos ini mempunyai makna dan erti yang sangat mendalam buat semua kita. Apalagi buat mereka, samada pejuang kemerdekaan mahupun mereka yang pernah sama-sama terlibat dalam sejarahnya. Mungkin buat generasi yang tidak mengalami dan terlibat secara langsung dalam sejarah itu, kurang merasa erti sebenar kemerdekaan tetapi jika kita semua mahu menyelami dan berfikir secara total dan lebih mendalam, justeru kita akan memahami mengapa MERDEKA ini mampu mengubah segala-galanya. Merdeka ini membuat kita berada satu atau dua langkah di hadapan, merdeka ini membawa kita berhijrah, baik penghijrahan rohani dan jasmani.

Manakala HARI RAYA juga membawa pengertian dan makna amat mendalam lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang meraikannya. Kita memangselalu berkata bahawa Sambutan Hari Raya itu adalah hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, menahan nafsu dari pelbagai perkara termasuklah makan dan minum. Tetapi, ianya lebih daripada itu. Jika kita sekadar menganggap Hari Raya sebagai menyambut kemenangan dengan penuh gembira dan keceriaan, bagaimana pula buat mereka yang tidak mampu untuk menyambutnya dengan orang yang tersayang, orang yang papa kedana atau orang yang kurang berkemampuan? Bagaimana mungkin menyambut kemenangan, jika kita tidak punya apa-apa. Tidak punya wang, tidak punya makanan, tidak punya saudara-mara dan tidak punya materialisma yang lainnya.

Justeru itu, MERDEKA dan RAYA itu punya sejarah tersendiri bagi sesiapa yang mengalaminya. Mereka sahaja yang lebih tahu, bagi kita yang hanya beranggapan mungkin tidak sama realitinya. Indah buat kita belum tentu indah untuk orang lain. Sebab itu di Hari MERDEKA ada orang menitiskan airmata, maka begitu jualah ketika menyambut Hari Raya.

Maka pada kedua-dua hari yang ada sejarah tersendiri seperti in, dekatilah mereka-mereka, selamilah hati mereka supaya kita tahu 'apa erti dan makna hari ini kepada mereka'.

Saturday, August 28, 2010

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MASYARAKAT MATO-DARO MIRI.

Kurang dari 2 minggu lagi, semua orang Islam tak kira bangsa, yang miskin mahupun yang berada, akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari yang sememangnya ditunggu oleh setiap lapisan umur samada yang tua, muda dan kanak-kanak.
Aura raya dah pun terasa, apatah lagi bila sering kedengaran dendangan lagu-lagu raya di corong radio dan televisyen. Kerlipan lampu-lampu diruang koridor dan jendela rumah menambahkan lagi seri raya yang bakal menjelma. Malah di pasar-pasar Ramadhan berderatan gerai menjual kuih-muih yang beraneka warna dan bentuk dengan pelbagai gelaran. Kek Lapis alunan ombak, kek lapis kenyalang dan bermacam-macam lagi nama kek lapis.
Di pasaraya-pasaraya dan gedung pakaian kelihatan berbagai warna baju melayu dan baju kurung dengan pelbagaii fesyen. Semuanya menarik mata memandang. Bagi yang ada duit lebih bolehlah beli 2-3 pasang atau lebih, tapi bagi yang hanya setakat menyambut Hari Raya, sepasang baju sudah cukup sekadar nak tukar selera dengan baju baru di pagi raya yang mulia nanti.
Walau apapun, Sambutlah Hari Raya dengan hati yang penuh kegembiraan, silalah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, hulurkanlah tangan memohon ampun dan maaf terhadap silap dan salah samada sengaja atau yang tidak di sengajakan. Semoga Hari Raya ini akan mengeratkan lagi ikatan silaturahim dikalangan kita semua.Tapi yang penting, jengok-jengoklah orang tua bagi mereka yang masih mempunyai orang tua, dakaplah mereka dan ucaplah ungkapan yang indah-indah buat mereka di hari yang mulia ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, August 13, 2010

TA'O DAH KO, BUYAKNO..........

Sabay, wang bulan 3, ko menuloi Perlembagaan wak udah siap abay lengkap tugun lo Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Miri eh (JPPN, Miri). Kebetulan ko betemu tang Pegawai lo idun debay, radan idun Puan Suzanne. Nyadin ko terus tujoh tang idun Perlembagaan wak udah dibincang kamik sebelum eh. Ubang idun pertubuhan kamik agik pebak radan kelab, KESAMADA.
May ngah apa-apa, marak dudeng radan mak udah tenalabak Pn. Suzanne. Ubak idun menak ko, buyakno mo menak pertubuhan melo eh nyadin kelab. Ubak ko, buyak kamik luk idun idun umit mak sieng, naah, mun udah da'o batan jalan marak kamik mengubah pertubuhan kamik eh nyadin Persatuan. Ubak Puan Suzanne udik, may salak kamik menak idun nyadin kelab tapi lo JPPN nuan peraturan kik udik akah bak menubuhkan kelab, nuan jumit perubahan perubahan keman polisi Persatuan. Ubak idun, da'o agik kamik menak Persatuan sebab idak tenawan lebih suka mennubuhkan persatuan keman menubuhkan kelab.
Memandangkan beliau lebih arif pasal menubuhkan pertubuhan nyadin ko pun berfikir, ok lah, akah wak alah ubak idun lebih da'o. Walau bagaimana pun, beliau terus memeriksa satu-persatu isi kandungan perlembagaan wak tijoh ko tang idun lau idun. Katah gak tidak kelakar berbincang pasal kandungan perlembagaan kamik. Makin idak benaca makin idak wak sipah beliau. Da'o gak, sebab marak telo semuah ta'o gan kedau salak abay wak no perlu diubahsuai atau pun wak perlu naan ubas.Wang na'ay ko pubak, ngelau ulo ubas udik lah ko akah besieh batan, terpaksa menak ubas, meeting ubas.
Ko pun pitir tang lo AJK abay kawan-kawan pasal hal eh. Ubak ko, eh julik lah menak lo balai banus mibay semangat bak menubuhkan persatuan. Atang ubak tenawan apah ta'o, bak menubuhkan persatuan eh, idak atang halangan. Akah may tahan, semua perancangan miau sidun mak. Kadang-kadang banus tapuk sidun mak. Ta'o lah ko buyak no geng lo danah sabay, wak mula bak menubuhkan persatuan banus mibay beritah, apatah lagik amun mibay komitmen atau may ambil berat. Tambah-tambah agik mun may samah ulo, makin lah teruk.
Tapi wak radan manusia kadang-kadang, ta'o mempertikai mak, ta'o pubak atau mengkritik mak. Nuan mak may betul to'o kik. May ta'o lah, kubah kah lo idun debay nasuh menak perlembagaan atau nasuh menubuhkan persatuan keman mula. Rasa ko, pegagau atau merito idun. Bukan tujuan bak pubak to'o kik tapi tenawan biasalah.
Walau apapun, nak sengad atau fikir laus ubak to'o kik wak tang luar inan. Da'o agik telo befikir kubah gaya bak menak perkara nyadin lebih da'o. Akah berjaya sunay lau, senang asang telo, nuan rasa kepuasan sebab telo udah berusaha sebaik mungkin.
Apa pun, Perlembagaan ubas udah siap, udah pun nigik meeting. Lulo bak tenuloi mak agik. Akah mibay halangan minggu ubas, lau Isnin atau Selasa marak menuloi tugun lo JPPN, Miri. Berdoa mak telo semuah, terutama sekali lo AJK Persatuan semoga kali eh semuah berjalan lancar...ok! Sukong kamik semuah melo to'o Mato-Daro wak maca tulis ko eh. Nah telo betemu udik...cauuuu!!!

Sunday, August 8, 2010

Buat Perlembagaan - Tak Semudah Yang Kita Cakap

Hari ini kita mesyuarat. Mesyuarat pasal 'Perlembagaan Persatuan' yang terkini, yangtelah saya siapkan sejak beberapa bulan lalu. Baru hari ini dapat dibentangkan dalam mesyuarat. Sekali baca memang nampak senang sahaja nak buat, tetapi yang pasti saya pening kepala memikirkan ayat yang sesuai supaya saya sendiri tahu macamana nak jelaskan kalau Ahli Jawatankuasa tanya pasal setiap FASAL yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.

Tetapi yang jelas hati saya masih ragu-ragu, samada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan menerima kertas Perlembagaan tersebut atau tidak, sebab mereka sahaja yang lebih arif samada Nama Pertubuhan sesuai dengan Tujuan dan Matlamat.

Terus terang saya katakan, kalau boleh saya tak nak Perlembagaan yang kami persetujui bersama dalam mesyuarat hari ini gagal, sebab saya sangat berharap Persatuan kami akan berjaya didaftar sebelum bulan Disember atau penghujung tahun ini. Kita semua dah tak sabar-sabar nak menjalankan aktiviti dan program seperti yang kita rancangkan. Malah kita juga tak sabar lagi nak memberitahu Yang Berhormat segala perancangan yang ada dalam kepala kami semua. Kita juga nak tengok sejauh mana kami mampu melaksanakan tanggungjawab kami semua. 'DEMI FAEDAH DAN KEBAIKKAN MASYARAKAT MATO-DARO' yang bermastautin di Bandaraya Miri ini.

Dalam mesyuarat hari ini, ada beberapa perkara yang terpaksa kita ubah atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.Setiausaha kami, En. Mustapa b. Junit terpaksa berpindah tugas ke Bahagian Mukah. Maka jawatan beliau terpaksa kami serahkan kepada orang lain, yang mana kami rasa sesuai iaitu kepada Pn. Hashimah. Jika mengikut peraturan, jawatan tersebut harus diserahkan kepada En. Razak, iaitu Penolong Setiausaha sekarang tetapi memandangkan beliau sendiri mengakui tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya atas masalah kerja, maka beliau juga bersetuju untuk menyerahkan perkara tersebut pada pihak AJK untuk membuat keputusan. Manakala jawatan Bendahari juga terpaksa bertukar tangan. Dulu ianya dijawat oleh En. Isa b. Hj. Sungo dan sekarang terpaksa diambil-alih oleh En. Reny b. Peni, ini juga atas masalah kerja dan demi kelancaran pengurusan Persatuan pada masa akan datang.

Dari sinilah kita dapat melihat, betapa sukarnya untuk memebentuk sebuah persatuan. Memang diakui terlalu banyak asam-garamnya, banyak masalahnya. Sekarang saya selalu berfikir, kenapa orang yang terdahulu atau sebelum kami hanya dapat membuat persatuan ini separuh jalan. dari sini juga kita dapat melihat 'setiap orang mesti mempunyai komitmen yang tinggi jika ingin melihat persatuan ini berjaya'. Semua orang dalam persatuan, amnya jawatankuasa induk harus sabar dan memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mudah rasa berputus asa. Jika tidak, semuanya akan terpadam begitu sahaja.

Jadi pesanan saya kepada semua rakan Ahli Jawatankuasa, 'jalankan apa yang kita kata' dan ' kita mestilah sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan persatuan'. Bukan hari ini sahaja tetapi sehingga ke penghujungnya...sehingga berjaya.

Percayalah, dan yakinlah bahawa Allah s.w.t akan meredhai niat dan hasrat yang tulus dan baik..........amin ya rabullalamin!....